Tumpuan :
Nasional

123 Buku Pena-Malaysia Madani dilancar

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

BANGI: Sebanyak 123 buah buku di bawah Projek Penerbitan Buku Pena-Malaysia Madani dilancarkan malam tadi.

Kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, ia merupakan satu pencapaian yang amat baik kerana berjaya melepasi sasaran awal ditetapkan kerajaan.

“Saya kira ini adalah pencapaian yang baik. Dalam tempoh masa yang cukup singkat tetapi berjaya hasilkan satu jumlah buku yang banyak.

“Pastinya pihak kerajaan akan beri lebih perhatian, dan ini bermakna kita ini ada komitmen yang jelas dan juga ada usaha yang berterusan, koordinasi yang baik dan ini harus sentiasa diberi sokongan dan dokongan” katanya kepada media selepas Malam Kemuncak Penulis Malaysia dan Pelancaran Penerbitan 123 Buku Pena-Malaysia Madani.

Proses penerbitan kesemua buku dijangka selesai Februari tahun hadapan, selepas proses mengumpul manuskrip selesai November lalu.

Pelbagai genre penulisan terutama sastera seperti novel remaja, novel kanak-kanak, cerpen dan puisi, selain buku umum serta buku bergambar kanak-kanak.

Projek itu membantu penulis yang bertahun-tahun menghadapi masalah penerbitan manuskrip, selain menjadi rangsangan kepada penulis supaya meningkatkan kerjaya dalam penulisan.

Projek penerbitan itu mendapat dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan pelaksanaan Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM2.5 juta bertujuan memajukan industri kreatif terutama bidang penulisan di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini