Tumpuan :
Nasional

120,183 pegawai ekspatriat di Malaysia, kestabilan politik antara daya penarik – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto ihsan Jabatan Penerangan

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Seramai 120,183 pegawai ekspatriat berada di negara ini sehingga bagi tempoh 2019 hingga 31 Oktober tahun ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, jumlah itu melbatkan tiga kategori pegawai ekspatriat yang berkerja di sektor swasta dalam pelbagai bidang.

“Sehingga 31 Oktober, kita ada 120,183 pegawai ekspatriat dan saya petik lima negara tertinggi, ini semua kategori.. bidang perkhidmatan bidang IT dan lain-lain.

“Negara China 27,460, India (23,131), Filipina (9,302), Jepun (8,739), Indonesia (8,333) dan jumlah lima negara ini bersamaan 64 peratus manakala lain-lain negara adalah 36 peratus daripada 120,183,” jelasnya.

Tambah Saifuddin, keberadaan mereka di negara ini juga memberi impak ekonomi yang tinggi dengan menyumbang RM75 bilion bersamaan 4.8 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Jelasnya di Dewan Rakyat hari ini, antara daya tarikan termasuk kestabilan politik Malaysia selain kos sara hidup yang relatif.

“Pertama, Kos sara hidup secara relatifnya adalah rendah untuk pegawai ekspatriat ini. Yang kedua, kestabilan politik.

“Yang ketiga mereka melihat potensi kerancakan ekonomi. Yang keempat adalah skil di kalangan rakan sekerja tempatan. Mereka mudah komunikasi kerana penguasaan bahasa dan faktor-faktor ini menyumbang kepada kedudukan Malaysia pada ranking kelapan tahun lepas,” jelasnya lagi,

Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi pertanyaan lisan Datuk Mohd Shahar Abdullah, (BN-Paya Besar) di Dewan Rakyat hari ini berhubung jumlah dan peratusan warga asing berhijrah ke Malaysia dari tempoh 2019 hingga 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini