Tumpuan :
Nasional

12 syarikat konsesi sedia berkerjasama laksana sistem pembayaran tol secara terbuka

 

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

 

SUBANG: 12 syarikat konsesi bersetuju untuk menjalinkan kerjsama untuk pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol yang akan dimulakan pada pertengahan September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan rundingan bersama syarikat konsesi lain juga sedang dilakukan.

“Sepertimana yang pernah saya maklumkan sebelum ini, pertengahan bulan September ini akan dilaksanakan sistem pembayaran tol terbuka ini di 11 lebuh raya”

Datuk Seri Alexander turut menyatakan bahawa Kementerian Kerja Raya amat mengalu-alukan mana mana sahaja syarikat konsesi untuk tampil melaksanakan sistem pembayaran itu.

Menyentuh mengenai keselamatan pembayaran secara debit, Datuk Seri Alexander menjelaskan segala aspek keselamatan dibincangkan secara terperinci untuk mengurangkan dan mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini oleh pengguna.

“Kita akan pastikan tidak akan berlakunya sebarang masalah oleh yang demikian perbincangan akan mengambil masa dan penelitian secara rapi dilakukan tanpa tergesa-gesa”

Bermula pertengahan September ini, pengguna boleh mengunakan sistem pelbagai pilihan bayaran selain Touch ‘n Go (TNG) di11 lebuhraya iaitu Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX), Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang,Lebuhraya Butterworth – Kulim.

Terdahulu, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi buat pertama kalinya melakukan lawatan kerja di Persada PLUS Subang Jaya dan juga melawat Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya.

Beliau kemudiannya menghadiri Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh PLUS juga di lokasi yang sama.

Loading...
Terkini