comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 12 lagi tangkapan baharu kes tuntutan palsu PenjanaKerjaya

KUALA LUMPUR: Seramai 12 lagi individu ditahan dipercayai terbabit dalam kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM63 juta.

Memetik sumber kepada Utusan Malaysia penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam semalam secara serentak di seluruh negara menerusi operasi khas Op Hire 2.0.

Foto hiasan

Katanya, tambahan tangkapan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang diberkas adalah seramai 59 individu termasuk 18 wanita.

“Tangkapan terbaru itu terdiri daripada pemilik, pengarah, pengurus syarikat yang dikesan SPRM melakukan tuntutan dana berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

Loading...
Terkini