Tumpuan :
Nasional

12 kawasan catat paras air melebihi tahap bahaya

Fail gambar TV3

PETALING JAYA: Paras air di 12 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 8 pagi tadi, termasuk di kawasan yang mengalami banjir di Kedah, Perak dan Pahang.

Menurut Laman web Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Kedah merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, iaitu Sungai Anak Bukit, Taman Aman dan Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR, Kota Setar.

Di Perak, tiga sungai mencatatkan situasi sama, iaitu di Sungai Bidor, Changkat Jong, Hilir Perak dan Sungai Perak, Kuala Kenderong serta Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak.

Di Pahang pula, peningkatan paras air melebihi tahap bahaya berlaku di Jambatan Chegar Perah (F1), Lipis, manakala di Selangor, di Sungai Bernam, Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor dan Rimba KDR, Sabak Bernam.

Empat kawasan di Sarawak turut merekodkan paras air melebihi tahap bahaya, iaitu di Muput, Bintulu; Marudi, Miri; Sungai Dausan, Mukah dan Sungai Salim B, Sibu.

Sementara itu, 10 sungai mencatatkan bacaan tahap amaran, dengan tiga sungai di Pahang, iaitu Sungai Triang di Jambatan Keretapi (F1) dan Triang, Bera, serta Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab (F1), Temerloh.

Bacaan tahap sama juga direkodkan di tiga sungai di Kedah, iaitu Sungai Padang Terap, Kepala Batas, Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR dan Sungai Kedah, Jambatan Lebuhraya, Kota Star.

Selain itu, Sungai Langat di JPS Sungai Manggis, Kuala Langat; Sungai Kampar, Kampung Baru Kuala Dipang (RHN), Kampar; Sungai Lenik, Ladang Chaah, Batu Pahat dan Sungai Salim B, Sibu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini