Tumpuan :
Nasional

12 ekor lembu cuba diseludup di Sungai Golok 

TANAH MERAH: Cubaan menyeludup 12 ekor lembu bernilai RM60,000 di Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand, dapat dipatahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) di sini, semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), rampasan berkenaan dilakukan di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

“Ketika kejadian, pasukan operasi yang bertugas mengesan tiga orang awam melakukan aktiviti penyeludupan haiwan dengan membawa masuk kesemua lembu merentasi sungai cetek dari Thailand ke Malaysia.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek melarikan diri yang mana dua daripada mereka menyeberangi Sungai Golok ke Thailand, manakala seorang lagi memandu pacuan empat roda ke arah jalan utama dan meninggalkan kesemua lembu terbabit.

“Anggota kemudian merampas kesemua haiwan ternakan berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Lalang Pepuyu, di sini,” katanya.

Haiwan rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang, manakala kes penyeludupan ini akan disiasat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini