Tumpuan :
Nasional

1,174 keluarga orang asli terima bakul makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

KUALA LUMPUR: 1,174 keluarga masyarakat Orang Asli dari daerah Muar, Tangkak dan Segamat di Johor menerima bantuan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu adalah antara aktiviti kemasyarakatan YSIJ bagi membantu golongan memerlukan di pelbagai daerah di negeri berkenaan.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

Bantuan itu disalurkan kepada 764 keluarga di daerah Segamat dalam majlis yang berlangsung di Kampung Orang Asli, Kampung Kudung, Bekok di sini hari ini.

Sumbangan bakul makanan untuk masyarakat Orang Asli di daerah Muar dan Tangkak pula disampaikan pada 19 Sept lepas dalam majlis yang berlangsung di Balai Raya Kampung Orang Asli Air Tawas, Tangkak.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

Sumbangan itu membabitkan 410 bakul makanan kepada 180 keluarga dari Tangkak dan 230 keluarga dari Muar.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini