comscore
Tumpuan :
Nasional

11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A 

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

Mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 di sini hari ini, beliau berkata, pencapaian calon SPM pada 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Pencapaian SPM Tahun 2023 bagi kedua-dua kategori calon bandar dan luar bandar telah menunjukkan peningkatan.”

Namun begitu ujar Azman, jurang pencapaian calon antara bandar dan luar bandar tetap kekal, iaitu pada 0.43 mata seperti peperiksaan SPM tahun 2022.

Seramai 395,924 calon mendaftar untuk SPM 2023.

“Pada tahun 2023, peratus calon yang layak menerima sijil SPM telah menunjukkan peningkatan kepada 93.5% berbanding 91.6% pada tahun 2022.

Katanya, peningkatan ini adalah sebanyak 1.9% dan merupakan pencapaian terbaik sejak tahun 2013 berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini