comscore
Tumpuan :
Nasional

1,147 kandungan buli siber diturunkan di media sosial – KKD

Foto hiasan

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 1,147 kandungan berkaitan buli siber diturunkan di pelbagai platform media sosial dari 1 Januari hingga 15 November lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching memberitahu Dewan Rakyat, platform TikTok merekodkan kandungan berunsur buli siber tertinggi iaitu sebanyak 804.

“Dari 1 Januari hingga 15 November lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama pihak platform media sosial sudah menurunkan 1,147 kandungan yang berkaitan buli siber dan gangguan.

“Statistik bagi setiap platform menunjukkan sejumlah 804 kandungan dikeluarkan daripada TikTok, diikuti Facebook sebanyak 195, Instagram dan YouTube masing-masing sembilan kandungan serta platform lain 123,” katanya, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin tahu berapa banyak penyalahgunaan media sosial termasuk buli siber direkodkan, selain turut menyarankan supaya diwujudkan satu perundangan yang konkrit bagi mengatasi isu itu, terutama membabitkan pelajar.

Nie Ching dalam reaksinya bersetuju bahawa buli siber khususnya dalam kalangan remaja tidak boleh dipandang ringan, malah katanya, KKD akan membawa cadangan supaya diwujudkan akta khusus bagi menangani isu itu.

“Saya secara terbuka menerima cadangan YB (Mas Ermieyati). Mungkin satu akta khusus boleh diwujudkan untuk (tangani) buli siber. Saya akan bawa cadangan ini dan berbincang dengan pemegang taruh yang lain. Kita akan lihat mana satu kementerian (yang bersesuaian) untuk bawa akta berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KKD menjalankan pelbagai usaha advokasi bertujuan memberi kesedaran berkaitan penggunaan media sosial serta pendedahan mengenai risiko dan ancaman penyalahgunaan internet.

“Melalui kerjasama dengan UNICEF (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), MCMCmengadakan seminar perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam talian untuk ahli akademik, pengamal media dan mereka yang berkepentingan.

MCMC juga bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di negara ini bagi menyediakan kemudahan ‘Parental Control Tools’.

ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini