KUALA LUMPUR: Seramai 1,108 mangsa banjir daripada 298 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara, setakat pagi ini.
Berdasarkan kemas kini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terbabit berada di tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Perak.
Di Selangor, sembilan PPS masih dibuka bagi menempatkan 768 mangsa daripada 196 keluarga termasuk 29 daripadanya warga emas, 31 bayi, 285 kanak-kanak dan enam orang kurang upaya (OKU).
Sementara itu, seramai 325 mangsa daripada 96 keluarga masih berlindung di empat PPS di Perak termasuk 116 kanak-kanak, empat bayi, enam OKU serta 14 warga emas.
Pada masa sama, dua PPS masih dibuka di Pahang bagi menempatkan 15 mangsa daripada enam keluarga dengan empat daripadanya warga emas dan dua kanak-kanak.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Lima stesen JPS keluar amaran bahaya banjir besar
- [VIDEO] 200 dipindahkan akibat banjir di Bangi dan Semenyih
- 82 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Bangi
- Banjir kilat: Pusat beli-belah di Subang Jaya dinaiki air
- Banjir di Sepang: 4 PPS dibuka tempatkan lebih 250 mangsa banjir
- 603 mangsa banjir di 9 PPS di Selangor, Sepang paling terjejas
- Mangsa banjir di Selangor, Perak meningkat