Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka seawal jam 5 petang semalam bagi menyaksikan sambutan Ambang Merdeka 2023.
Pelbagai program menarik antaranya persembahan nyanyian dan tarian menghiburkan hadirin yang terdiri daripada penduduk berbilang bangsa.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat turut hadir untuk meraikannya bersama penduduk setempat.
Bermula jam 11 malam, program semakin rancak dengan sketsa persembahan serta bacaan puisi.
Semasa menghampiri jam 12 malam, kiraan ‘countdown’ dilakukan sebelum diteruskan dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali sebelum lagu Negaraku diikuti dengan pertunjukan bunga api.