Tumpuan :
Nasional

1,000 pengamal media, penggiat seni berbuka puasa bersama Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir berbuka puasa dengan lebih 1,000 pengamal media dan penggiat seni dalam majlis bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Anwar yang hadir di Dewan Merdeka kira-kira jam 6.30 petang tadi disambut pengurusan tertinggi beberapa agensi media.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam majlis itu, Anwar turut menyantuni seramai 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang.

Loading...
Terkini