TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Jarak Atas di sini, hari ini.
Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Pecutan Akhir Ramadan’ yang disampaikan Imam kedua masjid tersebut, Ustaz Tarmizi Ramli.
Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Ustaz Sufi Mat Salleh, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat untuk program seterusnya sempena lawatan sehari beliau di Pulau Pinang.
Penduduk setempat nyata teruja menyambut ketibaan Perdana Menteri yang kali pertama hadir menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.