Tumpuan :
Nasional

10 warga Myanmar curi hasil laut ditahan

APMM menahan seramai 10 nelayan warga Myanmar sekali gus mematahkan kegiatan mencuri hasil laut. – FOTO: Ihsan APMM

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan 10 warga Myanmar mencuri hasil laut semasa rutin Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris.

Mereka ditahan bot peronda Kapal Maritim (KM) Nyalau  ketika mengendalikan dua bot tunda kelas C di kedudukan 9.5 dan 9.1 batu nautika barat daya Sungai Tiang, di sini, petang kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kedua-dua bot dikendalikan dua tekong bersama lapan kru warga Myanmar berumur antara 20 hingga 36 tahun itu ditahan antara jam 4.58 petang hingga 5.20 petang.

​​​​​​​“Pemeriksaan lanjut mendapati tekong gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, beroperasi kurang daripada 15 batu nautika serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“APMM menahan kesemua 10 nelayan manakala bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini