comscore
Tumpuan :
Nasional

10 negeri diramal dilanda ribut petir sehingga 5 petang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir diramal di 10 negeri sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada jam 1 tengah hari, memaklumkan negeri terlibat ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kawasan terlibat di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu.

Selain itu, Kedah membabitkan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

Di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan Jeli dan Kuala Krai, selain Tambunan, Sandakan dan Kudat di Sabah serta Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini