BALING: Mayat bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati dekat Baling, Kedah ketika beriadah di sungai berkenaan jam 12.45 tengah hari tadi.
Artikel berkaitan: Bayi lemas terlepas daripada pegangan bapa
Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, ia berlaku selepas bapa mangsa dipercayai tergelincir sebelum mangsa terlepas daripada pegangannya.
Bayi Adryan Mikhael Muhammad Afiq ditemui, 10 minit selepas azan dilaungkan bapanya.
Laporan awal sebelum ini menyatakan mangsa terlepas daripada pegangan bapa ketika menaiki kayak.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat menafikannya.
“Ayah dia terlepas ayah dia tergelincir air deras sikit so terlepaslah daripada ayah dia tergelincir tu, itu je mana ada kayak pelampung je ayah dia duduk dalam pelampung ada batu kan so terlepas anak dia dari peganganganlah tak dan nak ambik” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling serta anggota Balai Polis Baling.
Beliau berkata, mangsa dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau.
Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.
Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemui dengan bantuan orang awam dan penduduk di Kampung Sungai Limau.