comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 10 kenderaan ranap dihempap struktur bangunan

 

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk apabila struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini runtuh malam tadi.

Kejadian jam 10.40 malam itu membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, mendapati tiada mangsa terbabit dalam insiden berkenaan.

“Sebaik dimaklumkan orang awam mengenai kejadian ini, pihak polis mengambil langkah mengepung dan menutup keseluruhan kawasan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.” katanya ketika melakukan tinjauan di lokasi kejadian malam tadi.

@buletintv3

Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk apabila struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini runtuh malam tadi. Kejadian jam 10.40 malam itu membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park. #beritatiktok #buletintv3 #kenderaan #insiden

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Pihak JBPM turut membuat pemeriksaan di setiap tingkat bangunan tersebut bagi memastikan tiada mangsa terbabit dalam insiden berkenaan.

Tambahnya, bangunan berkenaan telah ditutup daripada sebarang aktiviti sehinggalah pihak berkuasa berkaitan mengesahkan ia benar-benar selamat.

“Saya meminta orang ramai untuk menjauhi lokasi kejadian ini selain tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sedang dijalankan memandangkan ia berlaku ketika cuaca baik dan tidak hujan.

Loading...
Terkini