Tumpuan :
Nasional

10 Jalan terputus hubungan akibat banjir di Kota Tinggi

Jalan Lukut Cina yang ditutup semalam, kini sudah boleh dilalui kenderaan ringan. – Foto NSTP

KOTA TINGGI: Sejumlah 10 jalan di daerah ini terputus hubungan akibat banjir berikutan hujan lebat yang melanda sejak pagi semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata menurut maklumat dibekalkan Jabatan Kerja Raya (JKR) terdapat lima jalan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Ia membabitkan FT003 (Seksyen 51.50 – 51.70) Jalan Johor Bahru-Endau, FT091 (Seksyen 2.50 – 2.60) Jalan Kota Tinggi-Kluang dan FT092 (Seksyen 34 – 34.5) Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit.

“Turut ditutup ialah FT99 (Seksyen 42.50 – 43) Jalan Lok Heng / Mawai / Sungai Mas dan J172 (Seksyen 1.80 – 2.00) Jalan Mawai Lama (Rumah Burung).

“Sementara lima jalan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja, membabitkan FT003 (Seksyen 60.00 – 61.00) Johor Bahru-Endau (Yatama City), FT003 (Seksyen 46.00 – 46.10) Johor Bahru-Endau (PS Tebrau), J175 (Seksyen 0.20 – 0.40) Kampung Lukut Cina-Kampung Batu Ampat (Taman Aman), J179 (Seksyen 8.0 – 8.10) Jalan Perani (Ladang FIMA) dan J175 (Seksyen 2.80 – 3.30) Kampung Lukut Cina-Kampung Batu Ampat (Kolam Ikan),” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, di Kluang terdapat satu jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja iaitu FT050 (Seksyen 71.0 – 71.20) Jalan Batu Pahat-Jemaluang.

Sementara itu, Jalan Lukut Cina berdekatan Taman Aman dan Taman Mawai yang sebelum ini ditutup kepada semua kenderaan telah dibuka dan boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini