comscore
Tumpuan :
Nasional

1.8 juta pengembara disaring di pintu masuk negara, elak penularan mpox

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah 

DUNGUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan jangkitan mpox ke negara ini.

Ini berikutan satu kes sudah direkodkan di Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, seramai 1.8 juta pengembara atau pelancong telah disaring di semua pintu masuk negara bermula 16 hingga 22 Ogos bagi mengelak penularan wabak itu.

“Satu Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) kita telah buat bermula 16 hingga 22 Ogos.

“Kedua ialah sentinel surveillance KKM sentiasa memantau pelancong menggunakan thermal Scanning setiap masa di semua pintu masuk negara dan 1.8 juta pelancong telah disaring dalam tempoh itu,” katanya.

Jelasnya bukan sahaja wabak mpox malah gejala penyakit lain seperti Covid-19 turut disaring.

KKM juga telah mengedar risalah bersabit penyakit itu kepada agensi kesihatan awam dan swasta lain di seluruh negara.

Orang ramai yang baru pulang dari luar negara juga turut dinasihatkan sentiasa berwaspada

Sekiranya bergelaja, dinasihatkan mendapatkan rawatan dan pemeriksaan segera di klinik berhampiran.

Dalam perkembangan lain, KKM turut mempunyai 13 makmal saringan untuk membuat pengesanan awal jangkitan mpox disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh haiwan yang dijangkiti tetapi disebarkan dari manusia ke manusia melalui sentuhan fizikal yang rapat, menyebabkan demam, sakit otot dan lesu kulit yang besar seperti bisul.

Dzulkefly ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Hospital Dungun di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini