Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 1.7 tan makanan haiwan diimport tanpa permit disita

 

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas makanan haiwan seberat 1.7 tan tanpa permit import di Pelabuhan Pulau Pinang di sini, Ahad lepas.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata rampasan membabitkan sebuah konsainan dari Thailand di Dermaga Air Dalam.

“Pemeriksaan mendapati konsainan makanan haiwan (pet food) seberat 1,715 kilogram itu bernilai RM55,605.09,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Muhammad Ikram, kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, Maqis sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan dan memastikan di semua pintumasuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan.

Loading...
Terkini