Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel, Avitan Shalom mengaku tidak bersalah atas dakwaan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 158 peluru, pada Mac lalu.
Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim,Tasnim Abu Bakar.
“Saya faham tuduhan. Tidak bersalah,” katanya ringkas.
Mengikut pertuduhan, Avitan Shalom, 38, didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons di sini.
Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Avitan Shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat anggota polis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Lelaki Israel tiba di mahkamah dengan kawalan ketat polis
- [VIDEO] Lelaki Israel miliki 6 senjata api, 200 peluru didakwa Jumaat ini
- [KEMAS KINI] Suami isteri mengaku tidak bersalah, dakwaan kes senjata api berkait warga Israel
- Lapan lagi individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel ditahan
- PDRM nafi laporan berhubung penahanan individu jadi sasaran ejen Israel