comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Status representasi gugur pertuduhan Inspektor Sheila ditetapkan 16 Mei

FOTO: Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar yang tular atas tuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam hadir di Mahkamah Majistret KL / NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan keputusan representasi yang difailkan pegawai polis tular, Inspektor Sheila untuk menggugurkan pertuduhan menyebabkan kegusaran terhadap orang awam ke atasnya.

Ia selepas Majistret dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan lebih masa untuk meneliti representasi yang difailkan pada awal Februari lalu.

Majistret Illi Marisqa turut menetapkan 10 dan 11 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan, sekiranya representasi yang difailkan tidak berjaya menggugurkan pertuduhan ke atas Inspektor Sheila, atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36.

Sebelum ini peguam, M. Manoharan yang mewakili Inspektor Sheila memaklumkan representasi difailkan kepada AGC atas alasan pertuduhan dihadapi wanita itu adalah remeh.

Selain alasan remeh, representasi itu juga difailkan kerana anak guam ataupun Inspektor Sheila didakwa sebenarnya adalah mangsa dalam kes yang tular itu, 8 November tahun lalu, Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan di hadapan Illi Marisqa.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran awam, kepada Nuraihan Nadzifah Ibrahim, 28.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields  pada petang 16 Jun lalu, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini