comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Aliff, Ruhainies hadir di Mahkamah Tinggi Syariah bagi prosiding pertuduhan kes khalwat

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, jam 9 pagi tadi bagi pertuduhan kes khalwat.

Aliff dan Ruhanies hadir bersama mengharapkan kelancaran prosiding yang dijangka bermula jam 9.30 pagi.

Aliff mengenakan pakaian serba hitam sedondon dengan Ruhainies turut berharap prosiding itu berjalan lancar.

“Masih pagi untuk semua orang. Kita hargai rakan-rakan media yang hadir. Minta doa baik-baik untuk hari ini, insya-Allah,” kata Aliff sebelum berlalu ke dewan bicara.

Sementara itu, Ruhainies berterima kasih atas sokongan diberikan.

“Terima kasih sudi datang meluangkan masa hari ini. Doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Aliff dan Ruhainies diwakili oleh peguam, Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Hadi berkata, hari ini akan direkodkan pengakuan daripada Aliff dan Ruhainies.

“Untuk hari ini sebutan di hadapan Mahkamah Tinggi untuk mahkamah baca pertuduhan khalwat yang sudah dibaca sebelum ini dan rekod pengakuan bersalah atau tidak,” katanya.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Sumber dilapor berkata, tangkapan dibuat JAWI adalah berdasarkan maklumat awam. Pasangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran drama bersama dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram (IG) berhubung kontroversi tercetus.

Aliff dilapor menjelaskan tiada apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhainies ketika diserbu JAWI di kondominium milik aktres berkenaan.

Ruhainies turut menjelaskan kronologi kejadian selain berharap Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah tidak berpisah.

Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini