Tumpuan :
Mahkamah

Tukang urut didakwa melakukan amang seksual terhadap wanita

KUALA PILAH: Tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini selepas didapati melakukan amang seksual terhadap seorang wanita berusia 21 tahun pada 30 Mei lalu.

Nor Muhamad Ahmad, 57 dari Kuala Klawang bagaimanapun tidak mengaku salah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mengikut kertas pertuduhan dia pada jam 10.30 malam bertempat di ruang tamu sebuah rumah di Taman Angsana didapati melakukan amang seksual tanpa kebenaran mangsa.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum tidak lebih 30 tahun selain sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai ini bagi tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Loading...
Terkini