comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tikam pereka dalaman 20 kali, penganggur berdepan hukuman mati

FOTO: NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Seorang penganggur dihadapkan ke Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman di Bandar Sri Damansara, dua minggu lalu.

Lim Wah Siong, 50, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Sharqawi Abu Bakar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di SD Apartment II, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara pada 14 September lalu.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustafa menetapkan 8 November depan untuk sebutan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Terdahulu, suspek tiba jam 8.50 pagi tadi dengan iringan polis untuk dibawa naik ke Mahkamah Majistret 4, dan proses pendakwaan selesai 15 minit kemudian.

16 September lalu, seorang pereka dalaman berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri dengan 20 kesan tikaman di seluruh badan termasuk tangan dan kepala.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya semalam, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menyedari suspek memecah masuk rumah mangsa untuk mencuri sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan kematian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini