comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Tempoh reman suami isteri disyaki seleweng duit zakat juta dilanjutkan

IPOH: Tempoh reman suami isteri yang ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta dilanjutkan sehingga Isnin depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lanjutan tempoh reman itu dibenarkan Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas tempoh reman mereka selama tujuh hari sejak pada 5 Januari lalu berakhir.

“Tempoh lanjutan reman telah diperoleh selama tiga hari, sampai 15 Januari ini,” katanya.

Penyelewengan suami isteri berusia 50 dan 53 tahun yang berperanan sebagai ejen kutipan zakat secara dalam talian untuk Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, MAIPk itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023,  yang mana kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

Siasatan yang dibuat berpandukan pendedahan mengenai penyelewengan itu menerusi laporan polis yang dibuat oleh MAIPk sendiri kepada polis Perak dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kerana jenayah pecah amanah.

Beliau sebelum ini berkata, pasangan suami isteri yang ditangkap itu berperanan sebagai ejen kutipan zakat dan bukan kakitangan mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini.

Loading...
Terkini