comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Syamsul minta media tunggu keputusan mahkamah, Ira hanya tersenyum

Syamsul dan Ira hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai taklik, hari ini.

KUALA SELANGOR: Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini, bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai taklik, hari ini.

Syamsul tiba pada jam 9.05 pagi tadi berkata, dia meminta jasa baik ramai untuk menunggu keputusan mahkamah.

“Saya baik, Alhamdulillah. Kita tunggu selepas ini,” katanya.

Dalam masa sama, Syamsul meluahkan perasaan rindu kepada pihak media sebelum berlalu memasuki dewan bicara.

“Rindu kalian semua,” katanya.

Sementara itu, Ira hadir lima minit kemudian tidak memberikan apa-apa komen, sebaliknya hanya tersenyum pada kira-kira 20 pengamal media yang hadir.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini akan berjalan kes pengesahan lafaz cerai taklik difailkan oleh Ira.

“Pihak sana serahkan saman pada kami pada 28 Ogos lalu.

“Ira failkan kes cerai taklik dua hari, iaitu pada 21 Ogos lalu selepas kami failkan kes cerai di Mahkamah Syariah Gombak Timur,” katanya.

Peguam syarie mewakili Ira, Mohammad Fadhil Abdul Razak turut hadir.

“Hari ini sebutan pertama untuk lafaz cerai. Difahamkan, akan ada siasatan dan keputusan bergantung kepada mahkamah. Kedua-dua pihak akan hadir,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini