comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Syamsul hadir ke mahkamah untuk tuntutan nusyuz

GOMBAK: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pagi ini untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu.

Syamsul memakai baju-T dan blazer berwarna biru gelap tiba jam 9.10 pagi dengan diiringi peguamnya, Azmi Mohd Rais.

Kira-kira 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes bapa kepada dua cahaya mata itu.

Syamsul ditemui berkata kehadirannya hari ini untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga yang berlaku selama ini.

Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk sebutan kes nusyuz.

“Saya pun taknak cakap banyak, takut tersalah cakap di bulan Ramadan ini. Hanya doakan yang baik-baik sahaja antara saya dengan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.”

“Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita rasa terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik,” katanya ketika ditemui media di pekarangan mahkamah.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Selain itu, antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Loading...
Terkini