KUALA LUMPUR: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan isteri yang juga pelakon Puteri Sarah.
Talak itu dilafaz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tepat jam 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.
Syamsul ketika ditemui berkata, dia dan Puteri Sarah juga sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga mereka sejak minggu lalu.
Terdahulu Puteri Sarah turut mengharapkan penyelesaian secara baik.
“Insya-Allah harap boleh selesai semuanya. Mohon doakan dan harap semoga kita berpisah,” kata Puteri Sarah ketika ditemui media di perkarangan mahkamah, pagi tadi.