comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Suspek utama kes bunuh warga Pakistan direman tujuh hari

Suspek utama bersama lima rakan direman bagi membantu siasatan terhadap kes lelaki warga Pakistan yang mati ditikam menggunakan pemutar skru di kedai buah di Pulau Tikus, Georgetown.-FOTO NSTP.

GEORGETOWN: Enam individu termasuk suspek utama direman bagi membantu siasatan terhadap kes lelaki warga Pakistan yang mati ditikam menggunakan pemutar skru di kedai buah di Pulau Tikus di sini.

Majistret Shahirah Abdul Halim membenarkan suspek utama yang berusia 38 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Manakala lima lagi individu yang juga rakan suspek termasuk seorang wanita direman selama tiga hari.

Semalam, media melaporkan kejadian yang membabitkan mangsa berusia 48 tahun dan susulan itu seramai lapan suspek termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 58 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di negeri ini awal pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kemudian berjaya menahan suspek utama dan lima lagi rakannya di Tanjong Tokong, pada jam 12.45 tengahari menjadikan keseluruhan yang ditahan ialah seramai 14 individu.

Berikutan penahanan suspek utama, kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini