TAPAH: Suspek lelaki yang dipercayai memukul kepala seorang wanita berhampiran pusat peranginan Lata Iskandar dekat sini, direman tiga hari sehingga 9 Jun ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.
“Permohonan tahanan reman ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Tapah bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari hingga Jumaat,” katanya.
Artikel berkaitan : Lelaki pukul kepala wanita direman esok
Penyelia kilang berusia 29 tahun itu ditahan petang semalam di Serdang, Selangor.
Video kejadian yang dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah tular di media sosial.