comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Suspek bunuh isteri dengan tukul besi direman 7 hari


DUNGUN: Lelaki yang dipercayai membunuh isterinya menggunakan tukul besi di kediaman mereka di Kampung Besol, Bukit Besi, pagi semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 32 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Perintah tahanan reman ke atas suspek dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata polis mendapat perintah reman terhadap suspek sehingga Rabu depan.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan oleh anggota polis semalam sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Mangsa, Rubiah Sabtu

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai bertindak membunuh isterinya, Rubiah Sabtu, 41, dengan memukul di bahagian muka dan kepala dipercayai menggunakan tukul besi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu selepas mangsa pulang ke rumah sebaik selesai menghantar seorang anaknya di sebuah sekolah berhampiran.

Suspek dipercayai bertindak demikian disebabkan berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Terdapat enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat dipercayai menjadi punca kematian Rubiah dengan pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan dua kesan hentakan pada bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Loading...
Terkini