
Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM1,000 selepas mencuri beberapa barangan di sebuah pasar raya.
Tertuduh Rosnurdalila Yusop, 33 tahun turut berdepan hukuman penjara satu bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan curi beberapa barangan didalam bangunan termasuk tudung,selipar, dan cermin mata hitam yang keseluruhannya bernilai RM204.40.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu pada Selasa lalu, kira-kira jam 7 malam.
Mengikut pertuduhan, Rosnurdalila didakwa mencuri beberapa barangan seperti baju, tudung dan sepasang selipar milik sebuah pasar raya bernilai RM204.40.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.