comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Suami disyaki dera isteri hingga mati didakwa hari ini

Foto hiasan

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang disyaki terbabit kes penderaan isterinya sehingga mangsa meninggal dunia di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, 2 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek berusia 35 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebelum itu, polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan berhubung seorang wanita berusia 38 tahun tidak sedarkan diri dipercayai meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati ada kesan kecederaan pada mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Ramli berkata, polis menahan suami mangsa pada 3 September lalu.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari mulai 4 September lalu bagi membantu siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini