AYER KEROH: Seorang pengurus syarikat swasta direman tiga hari untuk siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM375,000 bagi mendapatkan gelaran Dato’ Sri daripada sebuah negeri dua tahun lalu.
Perintah reman bermula hari ini hingga Khamis dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka melengkapkan siasatan kes itu.
Menurut sumber, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan jam 5.10 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah itu daripada seorang individu melalui pindahan wang.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.