comscore
Tumpuan :
Mahkamah

SPRM reman empat penjawat awam disyaki meminta, menerima rasuah kira-kira RM4,000

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman empat penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM4,000 sebagai balasan mendapatkan tawaran kerja perkhidmatan pembekalan di sebuah jabatan kerajaan di negeri itu.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan kira-kira antara jam 3 hingga 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Susulan penahanan itu, keempat-empat suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 2, Seremban pagi tadi dan perintah reman selama tujuh (7) hari bermula hari ini sehingga 1 Julai 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.

 

“Kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2024 dan siasatan awal mendapati keempat-empat mereka telah meminta dan menerima wang tersebut  daripada dua syarikat berbeza.

“Siasatan juga mendapati wang rasuah yang diterima adalah secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini