comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Sindiket nikah: Reman pegawai JAIPs, imam disambung tiga hari

KANGAR: Tempoh reman ke atas tiga individu termasuk pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan seorang imam dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu ini.

Perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi melengkapkan siasatan kes suapan penyelesaian daftar nikah luar negeri bernilai RM1 juta.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Ahmad Hamdi Mustafar bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga suspek berusia 25 hingga 52 tahun ditahan Selasa lalu di sini, bagi membantu siasatan kes menerima suapan lebih RM1.18 juta.

Suspek pertama dipercayai menerima wang rasuah daripada seorang pemilik syarikat bagi memboleh pasangan yang bernikah di Thailand, untuk mendaftar pernikahan di jabatan agama di sini, tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Suspek itu dipercayai berurusan dengan pemilik syarikat berkenaan, menerusi bapanya, yang juga seorang imam, yang bertindak sebagai orang tengah.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak April 2022 hingga Jun 2023.

Pengarah SPRM Negeri, Mohd. Nor Adha Ab. Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini