PASIR GUDANG: Permohonan reman tujuh individu yang tahan dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, hari ini.
Pada awalnya, perintah berkenaan dijangka akan dilaksanakan di Majistret Johor Bahru pagi ini, namun atas faktor tertentu ia akan dilaksanakan di IPD Seri Alam.
Permohonan reman tujuh individu yang tahan dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, hari ini. pic.twitter.com/YO28MIavJY
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 18, 2024
Beberapa peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dilihat hadir ke IPD Seri Alam, sebagai persediaan bagi mewakili individu yang ditahan.
Menurut seorang peguam, mereka hanya mewakili individu berkenaan sekiranya tiada peguam yang dilantik.
Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Samsudin dilihat hadir ke IPD Seri Alam, bagi mengendalikan urusan perintah reman bagi tujuh individu terbabit.
Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berumur lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi semalam.
Turut dipohon reman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
Dalam kejadian serangan pada jam 2.45 pagi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Anggota polis yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian, tiada kaitan kumpulan terancang
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram