comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Sebutan semula kes operator kilang sokong IS, simpan bahan letupan ditetapkan 28 November depan

Oleh: Atikah Azlan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh 28 November depan bagi sebutan semula kes operator kilang atas tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Keputusan itu ditetapkan Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Majid dihadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Penetapan tarikh bagi perbicaraan kes itu akan bermula pada Februari tahun depan selama dua minggu.

Aabid Zarkasi berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara menyimpan bahan letupan untuk menjalankan aktiviti kumpulan pengganas itu.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki berusia 28 tahun itu didakwa memiliki sembilan buah video dan lima artikel dalam bentuk PDF di dalam sebuah telefon bimbit jenis Xiaomi yang merupakan item yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas IS.

Selain itu, Aabid turut didakwa telah membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan suatu perbuatan pengganas.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 28 Januari hingga 15 Mei 2024 di Taman Serai Jaya, Bagan Serai, Perak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130JD (1) Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini