Sanusi tiba di mahkamah pic.twitter.com/AX6MBEP50k
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 18, 2023
Oleh: Muhammad Sahrul Fahiz Mat Ariff
SELAYANG: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Kompleks Mahkamah Selayang jam 8.55 pagi tadi.
Artikel berkaitan ; Mahkamah Selayang jadi tumpuan media
Beliau dibawa dengan kenderaan polis yang menggunakan laluan belakang untuk membawa masuk Menteri Besar Kedah itu terus ke Mahkamah Sesyen Satu.
Peguam Datuk Shaharuddin Ali yang mewakili Sanusi juga berada di Mahkamah Sesyen Selayang.
Shaharudin berkata, Muhammad Sanusi akan diwakili empat orang peguam daripada Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co.
Muhammad Sanusi dijangka dituduh atas kesalahan 3R (agama, bangsa, raja), pagi ini.Beliau akan dituduh di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, kira-kira jam 9 pagi.
Beberapa pemimpin parti Perikatan Nasional (PN) hadir di mahkamah.