Tumpuan :
Mahkamah

Sanusi mengaku tidak bersalah buat kenyataan hasutan terhadap raja

Foto : NSTP

Oleh: Juliana Sharin

SELAYANG: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan hasutan terhadap institusi diraja.

Sanusi yang berkemeja putih dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan  di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Peguam Cara Negara, Ahmad Terrirudin Salleh mewakili pihak pendakwaan, manakala Sanusi diwakili peguam Shaharudin Ali.

Sementara itu, Sanusi turut dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 bagi menghadapi pertuduhan kedua.

Artikel berkaitan: Sanusi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua

Loading...
Terkini