Tumpuan :
Mahkamah

Sanusi didakwa buat kenyataan berbaur hasutan terhadap raja

 

Foto: NSTP

SELAYANG: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap raja.

Sanusi didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara, Gombak, Selangor pada 11 Julai lalu.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin membenarkan Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Peguam Cara Negara, Ahmad Terrirudin Salleh, manakala Sanusi diwakili peguam Shaharudin Ali.

Artikel berkaitan: Sanusi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua

 

Loading...
Terkini