comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Samseng Jalan Raya Pecah Cermin Dan Ugut Pemandu Wanita Ditahan

KOTA BHARU: Seorang buruh direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes bertindak luar kawal dengan menahan dan memecahkan cermin sebuah kereta milik seorang wanita dalam kejadian di Simpang Empat, Limbat, Kelantan, Khamis lalu

Perintah reman ke atas lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kota Bharu, Mohammad Fitri Mokhtar bermula hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, lelaki berkenaan ditahan di hadapan sebuah kedai di Nilam Puri petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah, Seksyen 279 Kanun Keseksaan memandu dengan berbahaya di jalan awam dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat harta benda.

Dalam kejadian jam 5.45 petang khamis lalu berlaku ketika mangsa yang merupakan wanita berusia 35 tahun memandu berseorangan keretanya telah dihimpit oleh suspek yang turut memandu kereta.

Suspek kemudiannya, secara tiba-tiba telah bertindak menghalang laluan mangsa dengan berhenti di tengah jalan.

Suspek kemudian menghampiri kereta mangsa yang bekerja sebagai pembantu akaun lalu memecahkan cermin kereta miliknya. 

Selain itu suspek turut mengugut mangsa.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil semakan suspek yang berasal dari Nilam Puri itu mempunyai tujuh rekod lampau.

Terdahulu, video kejadian itu, masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat, tular di media sosial.

Loading...
Terkini