Oleh: Aslina Abu Bakar
PETALING JAYA: Sebanyak 142 keping gambar dikemukakan dalam prosiding perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autism Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan kanak kanak itu.
Pendedahan itu dibuat saksi pendakwaan pertama, Detektif Koperal Mohamad Hirwan Arifin yang merupakan Jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di IPD Petaling Jaya, dihadapan Hakim Hakim Dr. Syahliza Warnoh.
Ketika saksi membuat pendedahan gambar terbabit Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari kelihatan menangis dan meminta penangguhan mahkamah buat seketika.
Pun begitu, prosiding perbicaraan diteruskan kembali selepas mereka kembali masuk ke kamar mahkamah kira – kira lima minit selepas keluar.
Prosiding membabit seorang saksi itu berlangsung hampir dua jam.
Antara gambar yang didedahkan termasuk gambar kecederaan belakang lengan mangsa, gambar bahagian belakang, kepala, pakaian, bag sekolah, termasuk pamper.
Malah gambar kenderaan termasuk rumah suspek juga turut didedahkan selain gambar bangunan blok R dan kawasan berdekatan blok R Apartmen Idaman Damansara Damai.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.