comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rogol budak 12 tahun, bapa tiga anak dipenjara 15 tahun, 3 sebatan

Tertuduh didapati bersalah merogol anak kenalan berusia 12 tahun, tahun lalu.-Foto: NSTP

KLANG: Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol anak kenalannya, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhi hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Tanjong Karang, di sini pada 4 pagi, 6 Februari 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad memohon hukuman berat ke atas tertuduh kerana kesalahan itu serius dan membabitkan mangsa bawah umur.

“Mangsa juga mempunyai hubungan rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh. Sebagai orang dewasa sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berumur 12 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Izzat Amir Saharudin yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan mengambil kira ia kesalahan pertama tertuduh dan masih mempunyai tiga anak masih kecil.

Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula 4 September lalu.

Loading...
Terkini