comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Reman anggota polis rogol remaja bawah umur dilanjut 3 hari

Foto hiasan

BATU PAHAT: Tempoh reman terhadap seorang anggota polis yang disyaki merogol remaja bawah umur dilanjutkan tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini.

Perintah lanjutan tahanan reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 26 tahun sebelum ini direman tujuh hari di mahkamah sama bagi membantu siasatan kejadian rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur di sebuah hotel, Selasa lalu.

Dia ditahan selepas disyaki merogol remaja bawah umur yang baru dikenali dua hari menerusi WhatsApp.

Perkenalan itu mengheret suspek dan mangsa menyewa sebuah hotel di bandar ini untuk melakukan perbuatan itu.

Suspek bagaimanapun ditahan sehari selepas kejadian itu, berikutan laporan dibuat mangsa berusia 13 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini