comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Reman 3 individu berkait GISBH termasuk pegawai kewangan dilanjutkan 

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari membenarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap tiga individu termasuk seorang pegawai kewangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Majistret Mohamed Redza Azhar Reza membenarkan reman dilanjutkan terhadap kesemua individu berusia antara 40 hingga 50 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita selepas tempoh reman mereka yang bermula 1 Oktober lepas tamat hari ini.

Peguam Rosli Kamarudin yang mewakili kesemua individu berkenaan berkata seorang wanita direman sehari manakala selebihnya dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, mahkamah sama turut membebaskan tiga individu daripada reman termasuk seorang peguam yang dikaitkan dengan GISBH selepas mendapati tiada keperluan untuk menahan mereka selain tidak berpotensi untuk melarikan diri.

“Peguam itu yang merupakan seorang daripadan peguam pemerhati sebelum ini ditahan reman polis selama tujuh hari di Changlun, Kedah dan hari ini dia dibebaskan,” katanya.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini