Tumpuan :
Mahkamah

Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok

Remaja perempuan yang disyaki menikam ibu saudaranya dengan pisau di Jalan Perai Jaya akan didakwa di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam, esok.

BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan yang disyaki menikam ibu saudaranya dengan pisau di sebuah flat di Jalan Perai Jaya akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kertas siasatan kes itu telah lengkap dan pihaknya menerima arahan untuk mendakwa suspek.

Majistret Nurul Ainna Ahmad sebelum ini membenarkan suspek direman dari Sabtu hingga Isnin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan ditahan selepas menikam ibu saudaranya dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

Pertengkaran antara suspek dan mangsa berusia 35 tahun itu berlaku di ruang tamu rumah mereka.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini