Oleh: Fareez Azman
SEPANG: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang menyamar sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Idris Shah, Serdang semalam, direman selama dua hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret pagi tadi.
Remaja perempuan berusia 14 tahun yang menyamar sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Idris Shah, Serdang semalam, direman selama dua hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret pagi tadi. pic.twitter.com/FnpfC1YyEX
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 9, 2024
Remaja berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali atas kesalahan menceroboh dan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.
Terdahulu, remaja terbabit dibawa Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira jam 8.40 pagi tadi diiringi polis.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata remaja terbabit ditahan kira kira jam 9 pagi di lobi hospital berkenaan selepas cubaan mendaftar menggunakan identiti palsu.
Siasatan awam mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital berkenaan dan mengaku sebagai Pegawai Perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.
Turut dirampas dalam penahanan itu, sepasang baju suit bedah serta lanyard milik hospital.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.