Tumpuan :
Mahkamah

Remaja 17 tahun didenda RM250 atas kesalahan merokok di tempat awam

Foto hiasan

SEREMBAN: Remaja berusia 17 tahun didenda RM250 oleh Mahkamah Majistret 2 di sini, hari ini, kerana merokok di tempat awam.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman itu selepas remaja berkenaan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, pada jam 6.20 petang , 18 Julai 2024 tertuduh didapati melakukan kesalahan memiliki dan menghisap hasil tembakau.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Terminal Bas Terminal One, Seremban.

Remaja berkenaan melakukan satu kesalahan mengikut Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan boleh dihukum peraturan mengikut yang sama.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama lima hari sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh dalam rayuan turut meminta supaya mahkamah mengurangkan denda selain memaklumkan tidak lagi bersekolah.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Pejabat Kesihatan Seremban Vivig Dinesh a/l Vigane Swaran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini